Amalan Sihat : Senaman Ibu Mengandung

1
19
views

Hello ibu-ibu mengandung! Kali ini lovebaby ingin berkongsi amalan sihat yang mesti dilakukan oleh semua wanita mengandung. Senaman ibu mengandung bukanlah bertujuan untuk membakar kalori semata-mata. Tetapi banyak manfaat lain yang tidak kurang pentingnya.

Sebahagian daripada manfaat tersebut adalah:

  1. Melonggarkan sendi-sendi untuk memudahkan proses bersalin
  2. Menguatkan otot
  3. Menggalakkan jantung mengepam darah
  4. Mengawal pertambahan berat badan
  5. Memudahkan anda kembali ke bentuk badan asal selepas bersalin

American College of Obstetricians and Gynecologists mengesyorkan agar ibu-ibu mengandung bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Terdapat banyak jenis senaman yang tidak membahayakan ibu dan anak yang dikandung. Tetapi anda haruslah merujuk terlebih dahulu dengan doktor anda jenis senaman yang ingin anda lakukan kerana pemilihan tersebut adalah berdasarkan status kandungan anda.

Berikut adalah senaman-senaman yang boleh dilakukan apabila anda mengandung namun begitu ada di antaranya tidak sesuai untuk dilakukan dalam bulan-bulan akhir kehamilan.

Senaman Kardiovaskular

1. Berjalan

Jika anda jarang bersenam sebelum ini, berjalan adalah senaman yang paling mudah untuk si ibu kerana ia boleh dilakukan dimana-mana, pada bila-bila masa sahaja dan tidak memerlukan sekarang peralatan. Senaman ini selamat dilakukan sepanjang kehamilan anda. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan kasut yang bersesuaian kerana pada bulan-bulan akhir kehamilan ada kemungkinan kaki anda akan membengkak.

2. Berenang

Berenang juga salah satu daripada senaman yang tidak membahayakan si ibu dan anak dalam kandungan. Ia senaman kardiovaskular yang menguatkan otot tangan dan kaki.

Pilih gaya renangan yang selesa dan tidak menyakitkan bahu, leher dan belakang anda. Gaya yang paling sesuai ialah kuak dada kerana anda tidak perlu memusingkan badan dan perut.

3. Low-impact aerobic

Sertailah kelas aerobic untuk ibu-ibu mengandung kerana ia pasti menyeronokkan apabila beramai-ramai bersenam bersama. Aerobic adalah bagus untuk menguatkan jantung anda.

4. Menari

Menari boleh membantu jantung mengepam darah dengan lebih lancar. Jika anda tidak mahu menyertai kelas menari, anda boleh mencari DVD atau video tarian di YouTube dan menari di rumah sahaja. Anda hanya perlu mengelakkan gerakan tarian yang memerlukan anda melompat dan berpusing.

Senaman Fleksibiliti

5. Yoga

Yoga boleh membantu menguatkan otot, memudahkan peredaran darah, mengurangkan stress dan meningkatkan fleksibiliti. Aktiviti ini membantu meregangkan sendi-sendi anda yang seterusnya membantu ketika prose’s kelahiran kelak. Keregangan sendi ini adalah akibat daripada hormon relaxin yang menyebabkan ligament anda lebih elastik.
Tetapi pastikan anda memilih gerakan yang tidak keterlaluan.

6. Mengangkat berat

Mengangkat berat boleh menyediakan badan anda untuk melakukan kerja-kerja berat  sebaik sahaja bayi anda lahir. Tambahan lagi, ia membantu mengatasi risiko kecederaan semasa mengandung dengan menguatkan otot-otot sekitar sendi anda.

Untuk memastikan berat yang diangkat tidak keterlaluan, kurangkan beratnya apabila anda mendapati anda terpaksa menahan nafas ketika mengangkat berat. Jaga pernafasan anda ketika mengangkat berat kerana nafas yang tidak teratur boleh meningkatkan tekanan darah dan mengurangkan pengaliran darah ke kandungan.

Apakah Tanda-Tanda Bahaya Yang Menunjukkan Saya Perlu Berhenti Bersenam?

  • Pendarahan vagina atau kebocoran cecair
  • Kesukaran untuk bernafas
  • Jantung berdebar-debar atau sakit dada
  • Sakit kepala , rasa loya , muntah-muntah
  • Pening atau pengsan
  • Berasa terlalu panas
  • Bengkak atau sakit di pergelangan kaki dan betis anda
  • Pergerakan janin berkurangan
  • Penglihatan yang kabur
  • Sakit di bahagian abdomen

Kelas-Kelas Senaman Untuk Ibu Mengandung (Akan ditambah)

  1. FitFor2

 

Inforgraphic Senaman Ibu Mengandung

senaman-mudah-bersalin

senaman-untuk-ibu-hamil

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here