Senarai Lengkap Permainan Kanak-Kanak 1 Hingga 5 Tahun

2
23
views

Senarai Lengkap

Kami memahami sukar untuk memilih permainan yang sesuai dengan anak kita. Lebih-lebih lagi yang berumur 5 tahun ke bawah. Mereka cepat bosan dan aktif sekali. Kadang-kala sehingga memeningkan kepala. Melihat lambakan permainan di pasaraya, sudah tentu rambang mata memilihnya. Tetapi banyak aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan seperti adakah ia boleh ditelan, mempunyai bucu tajam, selamat digigit dan sebagainya.

Tetapi walau apa pun, inilah tahap umur yang penting untuk membina minda yang cerdas dan badan yang cergas. Dalam sedar tak sedar tiba-tiba sahaja anak anda sudah membesar. Dan dalam umur 1 hingga 5 tahun inilah antara detik-detik terindah anda dengan anak anda. Jadi janganlah mensia-siakannya.

Untuk tidak membuang masa, di sini kami menyediakan senarai lengkap permainan kanak-kanak dari 1 hingga 5 tahun. Tidak perlu berfikir-fikir lagi dan membuang masa memilih.

0-18 Bulan

Pada pendapat kami, bayi 0-18 bulan perlu tidur antara 13-18 jam mengikut umur. Maka, tidak perlulah membeli terlalu banyak permainan. Tetapi belilah yang betul-betul berkualiti.

Mainan Lembut

  1. Baby Puzzle Cloth Book with Sound Paper
  2. Bedtime Animal Deer Coral Fleece Baby Comforter Blanket
  3. Lamaze Baby Wrist Rattles / Development Toy – Red Ladybird
  4. Ball Bell Children Toys Baby Hand Grasp Ball Cloth Music Sense Learning

Motor Halus

  1. Baby Rattle and Sensory Teether Activity Toy
  2. Pile Tower Puzzle Rolling Ball Bell Stacker
  3. Hape Little Critter Maze
  4. Fun Bear Head Jingle Rattle
  5. Wonder World – Rainbow Rattle

Motor Halus

  1. ELC 100pcs Wooden Bricks
  2. ELC Stacking Cups
  3. Fisher Price Rock A Stack
  4. Wonder World Rolling Ball
  5. Fisher Price Infant Shape Sorter

Motor Kasar

  1. Animal Wooden Walker Push and Pull Toy
  2. Asogo Kids Tricycle With Parent Handle
  3. Vtech First Step Baby Walker Red
  4. Little Bird Told Me Bobble & Pip Infant Rocker
  5. Hape Litttle Pounder

Alat Muzik

  1. Egg Shaker
  2. Wooden Fish Xylophone Toy
  3. Solid Drum

18 Bulan – 3 Tahun

Kebolehan dan minat kanak-kanak dalam lingkungan umur 18 bulan sehingga 3 tahun berbeza antara satu dengan yang lain. Tidak semestinya anak si A suka bermain puzzle maka anak anda juga suka perkara yang sama. Ada yang pandai menyusun mengikut warna ketika usia 1 tahun dan ada yang tidak. Mungkin anak anda tidak berminat bukannya tidak tahu. Oleh itu, jangan dibanding-bandingkan kebolehan anak anda dengan orang lain. Anda perlu bijak memilih permainan yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan anak anda.

Motor Halus

  1. Ring counter
  2. Bead lacing
  3. Latch board

Motor Kasar

  1. Foam block
  2. Strider bike

Permainan Blok dan Pembinaan

  1. Sound block
  2. Peg board
  3. Brick set

Puzzle

  1. Construction vehicle puzzle
  2. Pets puzzle
  3. Farm animal puzzle
  4. Chunky puzzle
  5. Montessori learning kits
  1. Wagon
  2. Bas sekolah
  3. Trak
  4. Stroller bayi
  5. Trak kereta

Alat Muzik

  1. Tamborin
  2. Dram besar
  3. Set percussion

Praktikal

  1. Berus warna
  2. Buku warna air
  3. Belajar mencampur warna
  4. Alatan berkebun

 

3 tahun – 5 tahun

Pada umur pra-sekolah, mereka sudah mempunyai keinginan dan pendirian tersendiri. Ikuti minat anak anda ketika memilih permainan.

Kreativiti dan pembinaan

  1. Blok kastel
  2. Marble run
  3. Slot builder
  4. Warna air mudah basuh
  5. Easel
  6. Gulungan kertas melukis
  7. Kertas pelangi
  8. Tanah liat
  9. Lego duplo

Kemahiran berfikir

  1. Permainan ingatan
  2. Mengkaji badan manusia
  3. Mengenal huruf-huruf kecil
  4. Mengenal ibu dan anak binatang

Lain-lain

  1. Mengkaji keseimbangan
  2. Peta interaktif
  3. Peta dinding
  4. Mengenal pembentukan huruf
  5. Magnet huruf
  6. Pepejal geometri

Kami berharap, senarai ini boleh membantu ibu bapa membuat pilihan terbaik ketika membeli permainan. Jika anda mempunyai pendapat dan ingin memberi cadangan permainan yang lain sila emelkannya ke [email protected]

Senarai ini akan kami perbaharui dengan permainan baru dari semasa ke semasa.

Previous article15 Tip Mengajar Anak Menggunakan Tandas
Next article50 Nama-nama Bayi Lelaki dan Perempuan Paling Popular 2015
Seorang ibu dan surirumah. Dahulunya seorang web developer yang suam-suam kuku. Berhajat untuk berkongsi tip-tip yang dipelajari dan dalam masa yang sama berharap boleh belajar dari mereka yang melawat laman web ini. Diharapkan laman web ini boleh membantu para ibu (dan bapa) yang baru hendak bertatih. Semoga enjoy selalu!
SHARE

2 COMMENTS

    • Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami 😀 Tunggu artikel kami yang akan datang berkenaan dengan mainan DIY! Hehe

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here