Senarai Pusat Terapi Pertuturan (Speech Therapy) di Malaysia dan 6 tip yang perlu dipertimbangkan

0
5
views

Menurut akhbar The Malay Mail, Malaysia mengalami kekurangan ahli terapi pertuturan (speech therapist).

“In general, it is estimated that 5 to 10 per cent of the population worldwide suffers from speech related problems, and if this percentage is used in Malaysia, about 2.8 million people are suffering from speech problems which require the services of a speech therapist,” – Artikel penuh di: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/ukm-study-shows-malaysia-needs-more-speech-therapists#sthash.ukMcrHRk.dpuf

Pengalaman penulis sendiri mengalami kesukaran ketika mencari pusat terapi pertuturan yang sesuai dengan bajet, jarak lokasi dan masa. Sudah sesuai bajet dan lokasinya, senarai menunggunya pula lama. Ini menunjukkan sememangnya Malaysia memerlukan lebih ramai ahli terapi pertuturan.
pusat-speech-therapy

Apakah yang perlu dipertimbangkan?

Terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan ketika memilih pusat terapi pertuturan. Hal ini untuk mengelakkan anda terlebih bajet, memudahkan anda mengatur perjalanan dan sebagainya.

1. Lokasi
Pastikan lokasi pusat itu memudahkan anda menghantar dan menjemput anak anda. Kenal pasti di mana jalan yang selalu berlaku kesesakan lalu lintas dan atur masa keluar yang sewajarnya. Ada juga pakar pertuturan yang menawarkan sesi terapi di rumah. Sudah tentulah harganya lebih mahal. Tetapi ada sesetengah pakar terapi ini mendapat rekomendasi ramai.

2. Senarai menunggu
Seperti yang diperkatakan tadi, pada masa kini semakin ramai yang menggunakan perkhidmatan terapi pertuturan. Pastikan anda mendapatkan kepastian bila anak anda boleh memulakan terapi selepas “first assessment”. Adakah anda perlu menunggu seminggu atau sebulan atau lebih dari itu.

3. Slot masa yang disediakan
Pastikan juga anda mengenalpasti slot masa yang disediakan. Hari bekerja sahaja atau beberapa hari sahaja dalam satu minggu. Bagi surirumah yang mempunyai kereta mungkin tidak menjadi masalah. Bagaimana bagi yang bekerja? Perlukah untuk diambil cuti separuh hari dan sebagainya. Mungkin juga anda mempunyai time-off asalkan anda mempunyai surat daripada pusat terapi.

4. Servis yang disediakan
Kebanyakan pusat terapi merangkumi terapi cara kerja (occupational therapy – terapi perkembangan fizikal) dan terapi pertuturan (speech therapy). Ada juga yang hanya menawarkan terapi pertuturan sahaja. Pada pendapat penulis, lebih elok jika terapi tersebut merangkumi terapi cara kerja. Ini kerana ada kalanya proses percakapan ada berkaitan dengan tahap perkembangan fizikal seorang kanak-kanak.

5. Pakej dan bajet
Kebanyakan terapi menawarkan terapi secara pakej. Ini bermakna, bergantung kepada tahap kebolehan anak kita, ahli terapi akan menetapkan berapa kerap dan berapa banyak sesi terapi yang diperlukan. Secara puratanya harga untuk 1 sesi terapi adalah bermula dari RM100 sehingga RM200++. Tetapi ada pusat terapi menawarkan harga pakej sebagai contoh, jika anak anda memerlukan 10 kali terapi untuk tempoh 30 hari, mungkin harga satu sesi terapi adalah lebih murah. Tetapi untuk harga pakej, anda juga harus mengetahui bila anda perlu menjelaskan pembayaran.

6. Review atau ulasan
Akhir sekali, jika anda mempunyai kelapangan, apa kata anda mencari review atau ulasan mereka yang pernah mendapatkan khidmat terapi pusat-pusat yang anda senarai pendek. Supaya anda tahu dan bersedia untuk menerima cara kerja mereka.

Senarai pusat-pusat pertuturan di Selangor. Pusat-pusat ini adalah yang paling popular:
1. Speech Help
Alamat: 20, Jalan Bukit, Section 11/2, 46200, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
No telefon: 03 – 7954 2288

2. The Mind Faculty
Alamat: Suite 11-G & 11-1, Jalan Solaris 4,
Solaris Mont Kiara, Jalan Solaris
Off Jalan Duta Kiara
50480 Kuala Lumpur
No telefon: (603) 6203 0359 / (603) 6203 0733
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat: 10 a.m. – 9 p.m & Saturday: 8 a.m. – 9 p.m

3. Oasis Place
Alamat: Level 16, Menara Sentral Vista, No. 150, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia.
No telefon: 603 2276 9111
Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu (8:30am – 5:30pm)

4. SPROUTS
Alamat: 100-G.029, Block J, The School, Jaya ONE,
No. 72A Jalan Universiti, 46200,
Petaling Jaya, Selangor
No telefon: +603 7956 1588
Waktu operasi: Untuk terapi pertuturan – Selasa hingga Khamis (9am – 5pm)

5. Kuala Lumpur Sports Medicine Centre
No telefon: Mr Mario ( 012-3822125 )

6. My Little One
Alamat: No. 27-1, Jalan USJ 10/1D,
Taipan Triangle,
47620 Subang Jaya,
Selangor.
No telefon: 010-5215001

7. Kidsogenius
Alamat: 40, Jalan BS 2A, Taman Bukit Segar, 56100 Cheras, KL
No telefon: 03-91001865 / 0176909380
Dan
Alamat: D-02-02, Sunway Nexis, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 PJ
No telefon: 03-61516966 / 0176650250

8. Ruby Speech Therapy
Alamat: Sungai Petani, Kedah
No telefon: 013-310 9703

9. Care Speech
Alamat: Suite B-13A-6, Tower B, Level 13A
Megan Avenue 2
12 Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur
Malaysia
No telefon: 03 2161 6618

10. Urbane Ethos
Alamat: 4 Jalan Elektron E U16/E, Shah Alam, Selangor
No telefon: 03 – 77343044

11. Excel Qhalif
Lokasi: Bangi
No telefon: 03-8740 6854

Untuk senarai lengkap pakar terapi pertuturan di Malaysia, sila rujuk di laman web Malaysian Associate of Speech-language and Hearing. Mereka yang tersenarai di dalam senarai ini adalah mereka yang diperakui mempunyai kebolehan memberi perkhidmatan terapi pertuturan.

Jangan lupa menyemak tip-tip yang kami berikan tadi! Kami seperti kamu semua, hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak.

Previous article7 Servis Yang Memastikan Anda Boleh Meluangkan Masa Berkualiti Bersama Keluarga
Seorang ibu dan surirumah. Dahulunya seorang web developer yang suam-suam kuku. Berhajat untuk berkongsi tip-tip yang dipelajari dan dalam masa yang sama berharap boleh belajar dari mereka yang melawat laman web ini. Diharapkan laman web ini boleh membantu para ibu (dan bapa) yang baru hendak bertatih. Semoga enjoy selalu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here