7 Servis Yang Memastikan Anda Boleh Meluangkan Masa Berkualiti Bersama Keluarga

0
10
views

Apabila menjadi ibu bapa, anda sudah mengetahui cabaran yang bakal dihadapi setiap hari. Bagi seorang ibu, sama ada yang bekerja atau tidak cabarannya memang memerlukan tenaga dan kesabaran yang tinggi.

Bertuah ibu-ibu pada zaman sekarang kerana pelbagai servis dan aplikasi telah dicipta bagi memudahkan urusan mereka dan menjimatkan masa. Tiada apa yang lebih penting selain boleh meluangkan masa berkualiti dengan anak lebih-lebih lagi jika mereka masih kecil.

Bersama situasi-situasi yang mungkin anda hadapi, berikut adalah senarai servis dan aplikasi yang boleh membantu anda wahai ibu-ibu (dan bapa…) sekalian!

Situasi 1
letih
Anda keletihan selepas seminggu balik dari kampung atas urusan kenduri kahwin adik kamu. Owh! Rumah bersepah dan perlu dikemas. Anda pula tidak mempunyai mood lagi untuk memulakan kerja-kerja rutin seperti biasa. Jangan risau, Servis Hero boleh membantu anda.
Servis yang ditawarkan adalah seperti pembersihan dan mengemas rumah, pemasangan dan servis penghawa dingin, fotografi professional, elektrik dan pendawaian serta perkhidmatan tukang paip. Anda hanya perlu memberi jawab beberapa soalan, semak senarai harga dan pilih hero yang bakal membantu anda.

Situasi 2
demam
Anda tidak berapa sihat hari ini, tetapi anda mendapati susu dan lampin anak sudah kehabisan. Aduh! Lupa nak beli. Bemalas ada jalan penyelesaiannya.
Servis ini menawarkan khidmat runner di hujung jari anda. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi di telefon bimbit anda dan poskan bantuan yang anda perlukan. Upah perkhidmatan akan di keluarkan dan jika anda berpuas hati, anda boleh terus mendapatkan khidmat tersebut. Mudahkan?

Situasi 3
Hmm.. malas betul nak memasak hari ini. Anda lagi rela duduk bermain dengan si kecil sepanjang hari. Suami pula outstation. Memasak untuk seorang? Alahai… Apa kata anda order dari Dah Makan? Sihat, sedap dan memudahkan.

Situasi 4
barang-dapur
Anda berhasrat untuk memasak pada hujung minggu ini tetapi tidak sempat untuk membeli barang basah. Jangan risau! Anda boleh melayari laman web http://www.tesco.com.my/. Tentukan masa yang bersesuaian untuk penghantaran dan pilih bahan-bahan yang anda perlukan baik bahan basah seperti ayam, daging, sayur dan rempah ratus, anda juga boleh membeli keperluan seperti susu formula, lampin, pad wanita dan sebagainya.

Situasi 5
basuh-baju
Alamak tiba-tiba air tidak ada hari ni. Rupa-rupanya ada notis dari syarikat air di dalam peti surat yang anda tidak perasan. Anda boleh menghubungi MamaWosh untuk menyelesaikan tugas anda.

Situasi 6
Anda memerlukan ruang untuk menyimpan barang. Ah! Barang lama yang sudah tidak digunakan lagi menimbun di dalam stor. Anda boleh menjual semula barang terpakai anda di Carousell. Sekurang-kurangnya anda membantu orang lain selain menambah duit poket anda. Seronok!

Situasi 7
telefon
Anda berasa tidak berpuas hati dengan servis yang ditawarkan oleh pelan telekomunikasi anda. Anda berhasrat untuk bertukar untuk pelan yang lebih baik dan lebih murah. Untuk memudahkan anda membuat perbandingan, BolehCompare boleh membantu anda. Menjimatkan masa dan tenaga dan seterusnya menyelamatkan wang anda.
Tetapi bukan itu sahaja servis yang ditawarkan oleh BolehCompare, anda juga boleh membuat perbandingan peranti elektronik seperti telefon pintar, bank kewangan serta insuran. Wow!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here