Stail Ibu: Senarai Kedai Baju Mengandung Online Terkini

0
88
views

Walaupun anda mengandung tidak semestinya anda tidak boleh bergaya. Tambahan pula tidak lama lagi kita akan menyambut hari raya. Mencari baju mengandung yang sesuai kini lebih mudah apabila banyak kedai atas talian yang menawarkan pelbagai stail baju mengandung yang menarik.

Untuk memudahkan anda dalam pencarian baju mengandung yang sesuai dengan citarasa anda, kami di lovebaby.my membuat satu senarai kedai atas talian untuk anda.

Jom kita cuci mata!

1. Poplook

Delphine Maxi Dress

Naima Wrap Kimono

Phaedra Tunic
Nama Poplook sudah dikenali ramai. Tidak berapa lama dulu Poplook telah memperkenalkan rangkaian pakaian mengandung. Kini Poplook juga memperkenalkan pakaian sesuai untuk penyusuan. Stail dan gaya pakaian yang dijual adalah ringkas tetapi bergaya. Malah para pemakai hijab gemar membeli di butik ini kerana pakaiannya kebanyakkannya menutup aurat. Malah Poplook juga menyediakan cadangan dan video penggayaan. Harganya juga berpatutan iaitu dari RM50 hingga RM120. Materialnya juga berkualiti dan memuaskan. Untuk melihat lebih banyak pilihan, klik di sini.

2. FashionValet – Maternity

Syifa Dress 3.0

Melor Kurung Pahang

Maternity Pants
Fashion Valet juga satu nama yang tidak asing lagi. Fashion Valet mengumpulkan pakaian jenama-jenama terkenal dalam fesyen. Sebut sahaja Fashion Valet semua pasti membayangkan pakaian yang penuh gaya dan menarik. Antara jenama yang terkenal untuk pakaian mengandung ialah 9months, Modernmum, DNA by Dynas dan Suri Couture. Klik sini untuk mencuci mata di Fashion Valet Maternity.

 

3. Butik MumDreams

blue-top
Khadeeja Blouse

brown-kurung
Wafiy Brown Kurung

green-kurung
Wafiy Green Floral Kurung
Butik MumDreams juga menawarkan pelbagai jenis baju mengandung. Bagi anda yang lebih selesa berbaju kurung, anda boleh mencari baju kurung untuk wanita mengandung di sini.

 

4. Zalora Maternity

Straight Skirt

Black Pants

Green Cardigan
Zalora juga salah satu nama yang terkenal. Zalora juga menjual pakaian mengandung yang menarik dan terkini. Selain dari baju, terdapat juga seluar, skirt dan baju dalam yang seusai untuk penyusuan dan wanita mengandung.  Apalagi? Jom kita mencuci mata di Zalora.

5. Cala Qisya

jubah-maternity

Jika anda mencari jubah-jubah yang menarik. Singgah ke Butik Cala Qisya. Pelbagai jenis jubah disediakan yang bersesuaian untuk bakal-bakal ibu. Cala Qisya bukan sahaja menjual baju, malah ia juga menjual tudung, skirt, seluar dan lain-lain lagi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila klik di sini.

6. Uniqlo

uniqlo
Uniqlo online juga turut menyediakan pilihan pakaian untuk wanita mengandung. Walaupun ianya bukan khas untuk pakaian materniti, tetapi ia bersesuaian. Oleh sebab itu pakaian tersebut juga boleh dipakai selepas tempoh mengandung. Pada saya memang ini yang saya cari kerana ini amatlah menjimatkan. Apa kata anda lihat sendiri cadangan pakaian mengandung di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here