Subsidi Yuran Taman Asuhan Kanak-kanak Membantu Golongan Berpendapatan Rendah

2
38
views

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memutuskan untuk memberi subsidi untuk yuran taman asuhan kanak-kanak (taska) bagi institusi sektor swasta. Ini sebenarnya terkandung di dalam Bajet 2014 dalam teras kelima iaitu “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” yang dibentangkan Perdana Menteri pada 23 Oktober 2013.
taman-asuhan-kanak-kanak
BACA: 12 Aktiviti Untuk Merangsang Perkembangan Deria Bayi Anda. #7 Paling Menarik.

Objektif

Objektif utama langkah ini adalah untuk meringankan beban ibubapa yang berpendapatan rendah dan
sederhana serta meningkatkan enrolmen kanak-kanak untuk didikan awal yang berkualiti di TASKA yang berdaftar
dengan JKM. Subsidi ini juga bertujuan menyokong penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan dalam penyediaan sistem sokong terhadap pendidikan awal kanak-kanak.

Bagaimanapun subsidi ini hanya diberikan kepada ibu bapa yang memenuhi syarat-syarat yang di tetapkan oleh JKM. Iaitu:

1. Kanak-kanak mestilah berumur 4 tahun ke bawah

2. Taman asuhan kanak-kanak mestilah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat

3. Pendapatan ibu bapa adalah tidak lebih dari RM900

Kadar jumlah subsidi adalah sebanyak RM250 dan akan dibayar secara sekali gus untuk tempoh setahun. Bagi kanak-kanak OKU pula, jumlah subsidi adalah mengikut jumlah yuran yang dikenakan tanpa mengira kategori ketidak upayaan.
form-filling

Bagaimana cara mendaftar?

Borang boleh didapati di laman sesawang JKM atau boleh didapati daripada pengusaha Taska tersebut.

Dokumen yang diperlukan

1. Salinan kad pengenalan ibu bapa

2. Salinan Mykid/sijil lahir kanak-kanak

3. Resit yuran bulanan Taska

4. Salinan penyata pendapatan ibu bapa

5. Salinan sijil lahir bagi ahli keluarga yang di tanggung

Perlu kami tekankan di sini, hanya 2 orang kanak-kanak dari sebuah keluarga yang layak untuk menerima subsidi ini untuk satu tahun.

Kami di lovebaby.my berharap anda boleh menyebarkan berita ini untuk keluarga yang memerlukan bagi mengurangkan beban mereka.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here