TGV Cinema Memperkenalkan Family Friendly Session Untuk Ibu Bapa Dan Si Kecil. Yeay!

0
6
views

Jika selalu kita mendengar rakan-rakan kita mengeluh – “Anak kecil lagi.. tunggulah bila mereka besar sedikit, baru kita boleh menonton wayang”. Oleh itu,  TGV Cinema telah melakukan inisiatif dengan memperkenalkan sesi mesra keluarga yang sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil dan bayi. Sesi ini membolehkan satu keluarga bersama-sama menonton wayang.

BACA: 11 Tip Menaiki Kapal Terbang Dengan Bayi Atau Anak Kecil. Selamat Bercuti!

Untuk memastikan keselesaan, suara akan diperlahankan dan lampu akan diterangkan sedikit. Selain daripada itu, mereka juga akan menyediakan meja menukar lampin dan bakul sampah.

Tetapi sesi ini tertakluk kepada terma dan syarat seperti berikut:

  1. Perkhidmatan ini hanya ada di One Utama Damansara
  2. Tiket perlu di beli di laman web sahaja
  3. Hanya untuk sesetengah filem sahaja
  4. TGV Cinema tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang kecederaan, kemalangan atau kehilangan sepanjang sesi tayangan
  5. Semua diskaun tiket atau pas percuma dan baucar tidak boleh digunakan untuk sesi ini

Untuk keterangan lanjut sila ke pautan ini – Sesi Mesra Keluarga TGV Cinema

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here