Tip-tip Penjagaan Tali Pusat Bayi Yang Baru Lahir

0
17
views

Tali pusat memainkan peranan penting ketika bayi dalam kandungan. Ia menyalurkan makanan dan oksigen kepada bayi. Apabila bayi dilahirkan, tali pusat ini akan dipotong oleh doktor. Bayi tidak akan berasa kesakitan kerana tali pusat ini tidak mempunyai sebarang deria rasa.

Baki tali pusat tadi akan akan disepit dengan penyepit plastik untuk mengelakkan jangkitan. Selalunya baki tali pusat ini akan mengecut, menjadi hitam dan akhirnya gugur dengan sendiri dalam masa seminggu dan luka pada pusat bayi pula akan sembuh sepenuhnya dalam masa 5-7 hari.

penjagaan-tali-pusat

Bagaimanakah cara menjaga tali pusat?

1. Pastikan tali pusat ini sentiasa bersih dan kering. Bayi yang baru lahir tidak perlu dimandikan. Sebaliknya anda hanya perlu membersihkan bayi anda dengan mengelapnya dengan kain yang dibasahi air suam dari atas ke bawah.

2. Ada sesetengah doktor anda akan memberikan alkohol untuk mencuci tunggul tali pusat. Tetapi sebenarnya anda hanya perlu membersihkannya dengan air suam dan sabun lembut tanpa wangian kemudian anda hanya perlu mengelap dengan cara menepuk-nepuk dengan perlahan menggunakan kain yang bersih. Apabila sudah kering barulah ia ditutup dengan lampin atau anda boleh membiarkan tali pusat berada di luar lampin.

3. Jangan menyapu ubat-ubatan lain seperti antiseptik pada tali pusat tersebut kerana ia boleh menganggu proses penanggalan secara semula jadi. Anda harus mengetahui, penggunaan antiseptik pada tunggul tali pusat mengakibatkan proses penanggalan ankan menjadi lebih lama. Melainkan anak anda dilahirkan pramatang, maka adalah lebih baik jika tunggul tali pusat dibersihkan dengan antiseptik.

4. Jangan sekali-kali menarik tali pusat bayi walaupun ia kelihatan sudah hampir putus kerana ia boleh mengakibatkan pendarahan pada bayi anda.

5. Pastikan tali pusat tidak terkena kencing atau najis bayi. Jika terkena, anda perlu segera membersihkannya untuk mengelak dari jangkitan.

Tanda-tanda tali pusat terkena jangkitan

1. Anak anda mendapat demam panas, lesu dan kurang minum susu.
2. Pusat kelihatan bengkak, merah dan berbau busuk.
3. Terdapat nanah keluar dari pusat.

Jika tanda-tanda di atas berlaku, jangan berlengah lagi untuk berjumpa doktor.

Pengkauterian

Kadang-kala berlaku proses penyembuhan yang lambat daripada normal. Jika ini berlaku, doktor akan menjalankan proses pengkauterian (penutupan tunggul) ke atas anak anda. Jangan bimbang, proses ini langsung tidak menyakitkan anak anda.

Untuk pembacaan yang lebih mendalam, ikuti artikel berikut:
1. Merawat baki tali pusat anak anda
2. Merawat baki tali pusat bayi anda

Previous articleMemahami Vaksinasi Di Malaysia
Next article10 Vitamin Untuk Meningkatkan Kesuburan
Seorang ibu dan surirumah. Dahulunya seorang web developer yang suam-suam kuku. Berhajat untuk berkongsi tip-tip yang dipelajari dan dalam masa yang sama berharap boleh belajar dari mereka yang melawat laman web ini. Diharapkan laman web ini boleh membantu para ibu (dan bapa) yang baru hendak bertatih. Semoga enjoy selalu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here