Tips Makanan Pejal Pertama Untuk Bayi.

0
147
views

Apabila usia bayi anda 6 bulan:

  1. Pastikan bayi anda sudah bersedia menerima makanan pejal.
  2. Pastikan makanan telah dikisar dengan betul sehingga menjadi puri.
  3. Mulakan dengan 1 hidangan sehari. Sebaik-baiknya pada waktu pagi dengan kuantiti yang sedikit iaitu 1 sudu.
  4. Jika bayi anda menolak makanan itu, itu bermakna mereka belum bersedia.
  5. Jika bayi anda menerima makanan yang diberikan, dalam masa 3 minggu, jadikan 3 hidangan sehari dan tambahkan kuantiti makanan.

Bagaimana mengetahui bayi anda sudah bersedia untuk menerima makanan pejal?

  1. Bayi anda sudah boleh duduk dengan atau tanpa bantuan, memegang atau mencapai sesuatu dan mula memasukkan objek yang dipegang ke dalam mulut.
  2. Mula meniru gaya mengunyah makanan apabila melihat anda sedang makan.

Makanan permulaan yang boleh diberi adalah seperti berikut:

  1. Avocado
  2. Pisang
  3. Epal
  4. Pear
  5. Ubi keledek
  6. Labu

Alatan yang diperlukan untuk membuat makanan bayi:

  1. Periuk untuk mengukus
  2. Pengisar (blender) yang sesuai
  3. Bekas kiub ais yang bertutup (ice cube tray) atau mana-mana bekas yang bebas BPA yang sesuai untuk menyimpan makanan bayi

Cara membuat puri buah atau sayur:

  1. Rebus atau stim buah atau sayur.
  2. Apabila sudah lembut, kisarkan dengan memasukkan air dalam kuantiti yang sedikit.

Cara penyimpanan sejuk beku:

  1. Setelah dikisar sehingga halus, puri tersebut perlu segera disimpan di dalam peti sejuk.

Tempoh penyimpanan sejuk beku:

  1. Puri sayur dan buah : 6 bulan
  2. Ikan : 10 minggu
  3. Ayam : 10 minggu
  4. Puri yang dicampur susu: 4-6 minggu
  5. Puri yang mengandungi semua bahan : 2-3 hari

Cara memanaskan :

  1. Menggunakan warmer
  2. Menggunakan microwave – pastikan pemanasan adalah sekata dengan mengacau makanan tersebut
  3. Jangan panaskan makanan lebih dari sekali
Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here