Tips merancang pembelian barangan bayi. Wajib beli #2 adalah barang penting yang sering diabaikan.

0
13
views

Adakah anda akan menjadi ibu tidak lama lagi? Sudahkah menyiapkan senarai barang bayi yang perlu dibeli? Takut akan pepbaziran? Jangan risau, kami akan membantu anda menentukan barangan yang wajib dibeli dan yang tidak diperlukan.

Wajib dibeli:

santa_barbara
1. Stroller [Bandingkan harga]

Tidak membazir sekiranya anda membeli stroller yang mahal. Ia berguna ketika anda harus keluar menguruskan sesuatu atau untuk membeli belah. Belilah yang menepati keperluan anda dan bayi anda. Dan sekiranya stroller anda tahan lasak, kemungkinan besar anda boleh menggunakannya sehingga anak kedua dan ketiga!

sweet-heart-paris

2. Car Seat [Bandingkan harga]

Tiada yang lebih penting daripada keselamatan anak anda ketika dalam kereta. Pastikan anda membeli car seat yang selesa untuk anak anda. Lebih-lebih lagi apabila anda menghadapi perjalanan yang  jauh.

autumnz-breastpump

3. Breastpump [Bandingkan harga]

Jika anda akan berkerja semula selepas bersalin. Pastikan anda membeli breastpump. Ia akan memudahkan anda memerah susu untuk anak anda ketika anda meninggalkan mereka di rumah pengasuh.

Jangan beli pam manual. Belilah pam automatik yang membolahkan anda melalukan hal-hal yang lain ketika mengepam.

 

baby-swaddle

4. Bedung [Bandingkan harga]

Terdapat 2 jenis bedung iaitu bedung moden dan bedung tradisional. Tidak kira yang mana satu yang anda beli, ia membantu memberi keselesaan kepada anak anda terutama sekali apabila diserang kolik.


thermometer

5. Termometer Digital [Bandingkan harga]

Jangan beli termometer kanak-kanak. Termometer digital yang biasa sudah mencukupi dan boleh digunakan untuk seisi keluarga. Termometer amat penting kerana ia memudahkan kita mengetahui apakah yang ditangisi oleh si anak kecil. Lebih-lebih lagi untuk memantau anak anda selepas setiap vaksinasi.

sterilizer

 

6. Bottle Sterilizer [Bandingkan harga]

Ia memudahkan kerja anda. Berbanding dengan merebus, anda boleh meninggalkan sahaja sementara anda melakukan kerja-kerja rumah yang lain.


nappies

7. Kain lampin [Bandingkan harga]

Bukan sebagai lampin, tetapi ia sangat berguna sebagai tuala, kain lap, selimut, bedung sementara,  penghalang matahari dan banyak lagi.

 

Yang tidak diperlukan:

1. Play pen

Kebanyakan ibu bapa hanya menggunakan play pen untuk 3 bulan yang pertama sahaja. Apabila bayi mereka sudah mula aktif, ruang yang kecil tidak akan menggembirakan si kecil anda.

3. Changing table

Juga hanya digunakan dalam tempoh 3 bulan yang pertama. Seterusnya, anda akan menguruskan anak anda dimana-mana sahaja yang anda selesa. Kerana ‘kemalangan’  tidak mengira tempat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here