Teknologi : 7 Aplikasi Dan Gajet Yang Membantu Kiraan Jadual Kesuburan Wanita Yang Ingin Hamil

Ketahui gajet istimewa yang membantu anda membuat jadual kesuburan

0
1556
views

Kita sudah sedia maklum dengan pelbagai gajet kesihatan yang ada pada masa kini. Fitbit, Xiaomi Band, Apple Watch dan banyak lagi sudah tidak asing lagi untuk kita memantau setiap langkah, memastikan waktu tidur mencukupi dan memastikan tekanan darah dalam keadaan normal setiap masa.

Oleh itu, sudah tentu gajet yang memantau waktu kesuburan bukan sesuatu yang mustahil. Anda tentu sudah biasa dengan aplikasi telefon pintar yang memantau waktu kesuburan. Di sini kami menyenaraikan kesemuanya sekali. Semoga artikel kali ini membantu anda yang ingin hamil.

Seperti Fitbit, anda hanya perlu memakainya seperti jam atau gelang pada setiap malam. Ia akan mengumpulkan data yang berkenaan seperti kadar nadi rehat, suhu, tidur dan kadar kehilangan haba. Apabila anda bangun, anda perlu memindahkan data yang dikumpul ke dalam talefon anda supaya aplikasi yang didatangkan bersama akan memprosesnya.

Mengetahui waktu subur tidak lagi sesuatu yang sukar dengan alat ini. Secara saintifiknya, setiap kali waktu kesuburan hormon leutinising akan meningkat. Dengan kaedah ini, Clearblue Connected Ovulation Test akan mengukur tahap kepekatan hormon tersebut. Jadi apakah bezanya dengan ujian ovulasi yang lain? Kita sedia maklum Clearblue adalah jenama terkenal untuk pek ujian kehamilan air kencing. Pek ujian ini didatangkan dengan gajet yang boleh dipindahkan ke aplikasi yang berkaitan di dalam telefon pintar anda. Ia juga akan menghantar peringatan melalui aplikasi tersebut untuk mengingatkan anda untuk melakukan ujian.

Seterusnya ialah sebuah termometer. Termometer ini akan mengukur suhu basal badan 4 kali anda lebih cepat dari termometer biasa. Termometer ini mempunyai fungsi peringatan supaya anda tidak lupa untuk mengambil suhu dan aplikasi Kindara di telefon pintar untuk memudahkan lagi proses catatan suhu. Untuk proses mengecam hari subur dengan lebih tepat, anda boleh memasukkan data-data seperti masalah kesihatan, mood dan sebagainya.

Jika anda sudahkan mempunyai termometer basal, anda mungkin mengetahui proses mengambil suhu pada masa yang sama di tempat yang sama adalah sesuatu yang agak cerewet. Tetapi dengan termometer basal jenama Yono ini, anda hanya perlu memakainya sepanjang malam di dalam telinga. Ia akan terus menerus memantau suhu basal anda sepanjang masa anda tidur dan anda tidak perlu lagi bangun pada waktu optimum pada waktu malam untuk mengambil suhu. Setelah selesai menambil suhu, alat ini akan terus menghantar data ke aplikasi di dalam telefon pintar anda. Mudah bukan?

Seperti AVA Bracelet sebelum ini, Tempdrop juga mengesan dan mendokumentasi pergerakan, suhu dan memantau kualiti tidur anda. Gajet ini boleh serasikan dengan aplikasi Android dan iOS seperti Kindara dan Ovuview. Anda hanya perlu memakainya di lengan supaya ia boleh mengumpul data-data yang berkenaan.

Ini bukan gajet tetapi aplikasi telefon pintar yang membantu anda memantau waktu kesuburan dengan memahami kitaran haid, suhu badan dan perubahan serviks anda. Anda perlu memasukkan data-data tersebut dan Kindara akan mengira bila hari subur anda. Terdapat beberapa gajet seperti di atas yang boleh digunakan bersama-sama aplikasi Kindara ini. Aplikasi ini percuma sama ada untuk Android atau iOS.

Ini juga aplikasi telefon pintar yang membantu anda memantau waktu kesuburan. Ia boleh diserasikan dengan gajet seperti Jawbone, Fitbit, Nokia dan banyak lagi. Aplikasi ini juga mempunya sebuah komuniti di mana anda boleh berkongsi masalah atau membaca masalah kesuburan yang dikongsi oleh ahli komuniti. Aplikasi ini percuma sama ada untuk Android atau iOS.

Kami tahu mendapatkan cahaya mata bukanlah sesuatu yang mudah bagi sesetengah pasangan. Rawatan kesuburan juga memerlukan bajet yang tinggi. Senarai ini bukanlah sesuatu yang pasti berjaya. Apa yang kami mahukan ialah menawarkan seberapa banyak opsyen kepada anda. Kami berharap anda berjaya mencapai impian anda!

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here